Pages

Wednesday, 27 July 2011

Biskut Samperit....

Assalamualaikum......

Bulan ramadhan belum muncul tp diri ini meronta2 mahu membuat persiapan untuk menyambut raya..btul ke x ni??hehe...sebenarnya,nak buat kuih awal2..saja nk ready..supaya time bula pose nti tak la terkelam kabut nak buat kuih raya..Kesian kt masjid dan surau2..pada awal ramadhan saja penuh,sampai xcukup tempat! tapi pada penghujungnya,kian surut jemaahnya..Apa sebabnya??? mak cik kiah nak buat kuih raya...mak cik bedah nk siapkan baju raya...tempahan banyak lagi xsiap..so,aku yang belum bergelar mak cik ni,xmau tanggung risiko...so,nak buat kuih raya awal2..saje je sebagai percubaan...sebenarnya eden ni xla berapa pandai buat..semuanya just try to do it alone!! huhu...........
Semalam dah try buat..biskut samperit ni..da dua bentuk...
Samperit jenis panjang (contoh dr Kak lina Gallery)
Samperit jenis bunga



























Aku suka yang jenis bunga ni..cantik dan menarik..Tapi...nak buatnya selalu tak menjadi...Sejak dulu lagi ,aku mencuba pelbagai kaedah dan adunan..tetap kurang menjadi..Bagiku biskut ini la yang paling mencabar..Apa cabarannya??biskut xteguh.Sebelum bakar ,cantik je bentuknya,bila dh bakar mengembang dan bunganya ke bawah..Kawan2,ada idea??macam mana nak dapatkan biskut samperit yang tidak mengembang dan cantik bunganya??
Jikalau biskut bangkit santan,kita semamangnya mahu ia kembang dan besar bila masak tapi biskut samperit ini sebaliknya..
Semalam ak try buat sekali lagi..emm..manis dan sedap cumabentuknya kurang cantik kerana ia kembang .Akan kuberusaha untuk memcuba lagi! Selamat berusaha ya kawan2.......

Friday, 15 July 2011

Gotong -royong belia


Amalan gotong-royong merupakan amalan masyarakat kita yang mengutamakan semangat bekerjasama di antara satu sama lain, bak kata pepatah `berat sama dipikul, ringan sama dijinjing’.

Masyarakat di luar bandar masih teguh mengamalkan gotong-royong kerana masyarakat ini amat mementingkan perpaduan dan nilai tradisi serta suka hidup tolong-menolong dan melakukan kerja secara sukarela. Struktur anggota masyarakat ini yang terdiri daripada saudara-mara sendiri memudahkan lagi amalan ini dilaksanakan. Berdasarkan hal inilah masyarakat tersebut sama-sama menggembleng tenaga dan berkorban masa untuk menjayakan sebarang aktiviti yang dijalankan oleh ahlinya.

Selain itu, hubungan antara jiran masih kukuh dan kemesraan di kalangan penduduk luar bandar lebih terjalin erat. Keadaan sebegini mendorong mereka untuk berkumpul dan berbincang dalam menjayakan sesuatu aktiviti gotong-royong. Dengan adanya keharmonian dan kemesraan di kalangan setiap lapisan masyarakat membolehkan mereka dengan tidak segan-silu meminta bantuan dan pertolongan. Hal ini kerana mereka berpegang kepada hakikat bahawa segala-galanya bertolak daripada sifat manusia sebagai makhluk yang lemah. Oleh itu, kita saling bergantung antara satu sama lain.

Corak petempatan masyarakat di luar bandar juga menyebabkan amalan gotong-royong masih teguh diamalkan. Corak petempatan kampung tradisional yang berselerak di meratarata tempat dan mempunyai kawasan yang luas membolehkan aktiviti gotong-royong dijalankan dengan mudah. Ini berbeza dengan corak petempatan dan masalah kekurangan tanah di bandar yang tidak menggalakkan aktiviti gotong-royong dijalankan.

Masyarakat di bandar lebih berorientasikan pekerjaan berbanding masyarakat di luar bandar. Mereka bekerja dari pagi hingga ke lewat petang dan sesetengahnya pula hingga ke malam. Corak pekerjaan yang sedemikian menyukarkan mereka untuk melibatkan diri dengan aktiviti gotong-royong. Pada hujung minggu pula kebanyakannya menumpukan masa kepada urusan keluarga. Memang tidak dapat dinafikan aktiviti gotong-royong ada dijalankan di bandar, tetapi sambutannya kurang menggalakkan. Mereka lebih gemar mengupah pihak tertentu untuk melakukan kerja yang biasanya dibuat secara bergotongroyong oleh masyarakat luar bandar.

Masyarakat di bandar juga lebih bersikap individualistik dan gemar menunjukkan kelebihan masing-masing. Apatah lagi kemewahan dan kesenangan hidup yang dikecapi menyebabkan mereka beranggapan bahawa pertolongan orang lain kurang diperlukan. Mereka berasakan mereka boleh hidup tanpa bergantung kepada orang lain. Sehubungan itu, persepsi masyarakat di bandar mengenai amalan gotong-royong adalah sebagai perkara remeh. Akibatnya, amalan ini semakin terpinggir.




Kesibukan di kota menyebabkan kurangnya semanagat kejiranan sesama masyarakat

Tahap pembangunan yang kurang pesat di luar bandar berbanding di bandar turut menyebabkan masyarakat di situ lebih memerlukan antara satu sama lain. Mereka menghadapi banyak kepayahan. Lagipun pendapatan mereka tidak sebanyak penghuni bandar. Oleh itu, mereka tidak berkemampuan untuk mengadakan majlis keramaian seperti majlis perkahwinan di hotel atau di dewan tertentu. Mereka juga kurang mampu untuk membuat tempahan makanan yang siap dimasak untuk majlis tersebut. Sebaliknya mereka lebih memerlukan bantuan daripada jiran dan saudara-mara bagi menjayakasesuatu majlis keramaian itu.
Usung rumah dari satu lokasi ke lokasi baru

 
Kesimpulannya, amalan gotong-royong di kalangan anggotan  masyarakat di luar bandar perlu dicontohi oleh penduduk bandar kerana amalan tersebut banyak membawa manfaat bersama. Kesedaran tentang hal ini perlu ditanam di jiwa generasi baru agar tidak luput ditelan zaman. 

Belia Celik IT

'Kursus membuat Blog' merupakan salah satu aktiviti yang telah dianjurkan oleh Kelab Rakan Muda untuk para belia di sekitar Alor Setar.Kursus ini amat bermakna buat kami yang mana memberi manfaat dan membuka minda kami dengan mengasah bakat-bakat kami dalam penulisan.Manalah tahu suatu hari bakal menjadi novelis plak ke..:-)

Kursus ini diadakan selama dua hari pada hari Jumaat (15 Julai 2011) dan Sabtu (16 Julai 2011) bertempat di Cyber Cafe Flat Seberang Terus.Turut berlangsung di Alor Star Mall dan Menara Alor Star.Peserta yang terlibat merupakan belia yang dahagakan ilmu IT.Kami diajar oleh seorang pakar IT iaitu Mr Koay dari asas membuat blog,edit,tambahan gadget seperti islamic clock,skroller,fish,waktu solat,feedjit,borang dan blogger template.Tunjuk ajar beliau amat dihargai.

Sepanjang kursus ini dijalankan ,kami diberi tunjuk ajar dan layanan mesra oleh Mr.Koay dan urusetia yang terlibat iaitu Mira dan Fazli.Yang paling best,makanan disediakan sebanyak tiga kali iaitu sarapan,makan tengahari dan minum petang.Sungguh menyelerakan juadahnya.Terima kasih!!!


Karipap panas!




Contoh kuih-muih




Juadah yang menyelerakan!! (Hiasan)



Penglibatan dalam kursus ini telah menemukan saya dengan rakan sekolah rendah dan sekolah menengah yang telah bertahun-tahun tak jumpa walhal tinggal di kawasan yang sama.Turut berkenalan dengan kawan-kawan baru.
Komputer dan internet merupakan keperluan pada masa kini
Pertandingan blog tercantik dan inovatif turut diadakan bagi merangsang minat dan kreativiti belia serta sijil juga disediakan sebagai tanda penghargaaan bagi setiap penyertaan peserta dalam kursus ini. Akhir kata, kursus ini telah banyak membantu saya dalam meningkatkan kemahiran dalam penggunaan IT. InsyaAllah,belia hebat seiring teknologi canggih!!!

Thursday, 14 July 2011

Testing

Assalamualaikum..
Apa khabar smua??
Hai...Hari ini da ada program yg menyeronokkan dan bermanfaat...
'Belajar buat blog' anjuran Rakan Muda...kt Flat Sebreang Terus...
Sebelum ni mmg xreti pn..tgk mmbe2 smua da blog..teringin gk nak buat tp xbuat2 pn..huhu..
bila dpt peluang