Pages

Friday, 30 September 2011

Hukum Bermesej Berlainan Jantina (Bukan Mahram)


Assalamualaikum..
Apa khabar kawan-kawan?Semoga sihat selalu.Baru ja melayari facebook,tetiba terbaca dalam group "Fiqh Wanita" membincangkan tentang hukum haram atau tidak bermesej antara berlainan jantina (bukan mahram).Mari kita fahami sama2...
[Buku Ustaz Azhar Idrus:m/s 128]

Soalan: Apakah hukumnya seorang lelaki dan perempuan bukan mahram bermesej melalui handphone.Apakah perbuatan itu halal ataupun haram?

Jawapan: Sekiranya kandungan mesej antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram itu adalah perkara-perkara yang penting seperti jual beli atau seumpamanya,maka hukumnya adalah harus dan wajib disingkatkan setakat yang penting saja.

Sekiranya mesej seperti bertanyakan,"Sedang buat apa?" "Awak minat apa?" Suka warna apa?" atau "Saya suka tengok awak pakai baju ini",maka hukumnya tidak syak lagi adalah haram dalam Islam
 Komen pembaca: hmm mengapa haram? bukankah hukum halal dan haram itu Allah yg tentukan? 
Komen pembaca:  kan semua tu buat kita jadi ralik (leka)"jangan kau hampiri zina" dah berbunga2 hati kt    bukan mahram, otw nk zina hati dh, betulkan ana jika silap bicara T__T  
Komen pembaca:  Allah kata dalam al-Qur'an " wala taqrabu zina"..dekat pun haram..inikan pula berzina..bnda2 yg kita buat,yg mndekati zina,haram..termasuk mesej2 yg xde faedah.
 *Lemahnya iman  apabila diri ini tidak dapat hindari semua ini.:-(

No comments:

Post a Comment