![]() |
| malu la sangat |
Kita sebagai manusia ni mudah sangat terasa hati atau berprasangka buruk padaNya..Andai sesuatu matlamat tidak tercapai ataupun sesuatu yang kita usahakan musnah ditengah jalan,kita cepat sungguh melatah dan kecewa..
Cuba kita chek balik tafsir al-Quran,surah az-Zumar ayat 53 yang bermaksud :
Katakanlah, "Wahai hamba-hambaku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa (kecuali dosa syirik)semuanya. Sungguh, Dialah Yang Maha Pengampun , Maha Penyayang.
Sebagai hamba Allah,kita digalakkan berprangka baik terhadap ujian yang Allah timpakan (bukan setakat digalakkan,malah dikira wajib ni).Allah tidak menguji seseorang hambaNya melebihi kudratnya. Mungkin pada mulanya kita dihidangkan hujan dan ribut petir tetapi akhirnya Allah bagi pelangi yang indah buat kita. BERSANGKA BAIKLAH kawan-kawan.Tidak rugi. Malah menjadikan anda seorang yang tabah dan mensyukuri nikmat.
Akhir sekali, sekali lagi nak ditekankan ,"Jangan MALU apabila GAGAL ,tetapi MALU apabila BERPUTUS ASA kerana orang yang berjaya TIDAK PERNAH BERPUTUS ASA dan orang yang berputus asa TIDAK PERNAH BERJAYA !! Hayati kata-kata ni,sekiranya kita mengalami kegagalan usah MALU untuk bangkit semula,orang yang bangkit setelah gagal adalah orang yang BENAR-BENAR BERJAYA! Hebaat! Manusia adalah makhluk Allah paling HEBAT!
![]() |
| Macam ni la kita! Hebat!! |
![]() |
| Lontarkan perkataan ini setiap hari.Anda pasti menjadi luar biasa! |




