Pages

Saturday, 24 March 2012

JOM Belajar Bahasa Thai

Assalamualaikum..sawat di: kha...
 
            Semester ini aku belajar bahasa thai..Pelikkan kenapa pilih bahasa thai?Awat tak amek bahasa mandarin ka or bahasa2 yang canggih ckit??(kluaq dh loghat utara..hiihi).Sebenarnya sem lepas nak amek bahasa mandarin tapi dah full,so teman ajak amek bahasa thai.Ni ja yang kosong dan xclash. So,amek ja..Bila sem baru bermula,tengok kelas bahasa lain ada yang kosong, tapi da malas nak tukar..Tengok jadual dah cantik disusun..So,go on ja..Bila dah belajar ni,rasa seronok pulak sebab unik betul tulisannya. Agak mencabar juga kerana tulisannya yang agak rumit dengan bulat2, pusing sana,pusing sini.Sampai tergeliat la jari ni..hehe  pelik2..Tapi aku dan teman-teman gigih membuat latihan untuk mempelajari tulisannya.Khop khun kha khru Nee,yang mengajar kami. Khru Nee atau Pn.Jittima Jehmong sungguh sabar semasa mendidik kami.Khru bermaksud cikgu..Nee tu nickname untuk Pn.Jittima.Di thailand,diorang da nickname2 tersendiri. So,dalam kelas panggil je Kru Nee...

   Di sini dikongsikan konsonan Bahasa Thai. Dalam bahasa thai terdapat 44 huruf konsonan yang hanya menghasilkan 21 bunyi. Empat puluh empat huruf konsonan ini mempunyai identitinya tersendiri dan disusun seperti dalam video di bawah.Jom sama-sama menghafal dan mempelajari huruf-huruf tersebut.


Selamat belajar!!

No comments:

Post a Comment